Monday, July 19, 2010

aku suka itu: temujanji dengan en.nazli dari senihias

besok aku ambil cuti setengah hari lagi sebab nak pergi buat measurement untuk rumah baru dengan kontraktor loke. entahla berapa dia punya quotation...hari tu mr.loke bagi anggaran dalam RM20k.

hari rabu pulak aku dah buat temujanji dengan en.nazli dari senihias. aku memang dah lama nak bekerjasama dengan senihias ni sebab ketelitian diaorang dalam menghasilkan customade kitchen cabinet..

menurut en.nazli,senihias pun ada provide renovation. plaster ceiling, pemasangan aircond...tapi besok kena confirm balik sebab aku malas nak deal dengan ramai-ramai kontraktor.

nanti aku bagitau berapa senihias & loke quote aku. heheheh...

ouh, ini link senihias : http://www.senihias.com/v2/

Sunday, July 18, 2010

aku suka itu: langkah1 - melawat kedai lampu

sabtu(semalam), aku pergi survey kedai lampu kat puchong. kenapa puchong? sebabnya bila aku browsing cari kedai lampu yg jual agak murah, ramai visitor,forumer,blogger bagi cadangan yang sama dan alasan yang sama 'HOUSE of LIGHTING, PUCHONG' menjual lampu dengan harga yang agak berpatutan....yayyy....

lepas habis discuss dengan contractor, aku terus pergi puchong tanpa banyak songeh. excited la katakan....kedai tu kat batu 14,bandar puchong utama kalau tak silap. kedai tu sederet dengan beberapa kedai jati...(kedai perabot jati pun cantik-cantik juga....sempat jugak aku mengerling....huhuhu...)

terpempan aku!! punya la ramai orang kat kedai tu...mungkin murah atau terlalu murah. tak pernah aku tengok orang pergi kedai lampu ramai macam tu sekali. memang berlanggar bahu lah kat dalam kedai tu.

pandangan aku: harga memang boleh tawar kecuali yang ada tulis 'NETT', maknanya dah tak boleh kompromi lagi. harga boleh la tahan, murah sedikit berbanding kedai lain. cuma kedai tu agak 'lama', dan citarasa kedai tu agak terbatas. maknanya tak banyak pilihan lampu-lampu moden..lampu-lampu yang up-to-date. ada tu ada, tapi tak banyak sangat.

tapi aku sempat juga sapu 18 biji (tak tau la sesuai ke tak penjodoh bilangan tu) downlight, 2 kipas angin (remote KDK, 5 blades, RM285), 2 lampu dinding (RM49X1) & satu lampu untuk pintu utama(harga asal rm220,diskaun dapat rm170) & energy saver bulbs....total dalam rm1100. hahaha.....x boleh elakkkkk....

i loikeee....:P

nanti aku capture gambar sebab sekarang masih dalam kotak. malas nak buka.

aku suka itu: rumah baru

semalam dah pergi rumah. berkira-kira nak buat sikit renovation. kalau ikutkan hati, semua nak tukar. wakakka...tapi sabarkan hati,tenangkan jiwa...hehehe

sukat dapur, sukat living room. pusing kiri, pusing kanan. terbongkok-bongkok. hahaha...punya la excited. kesian.
dalam otak, yg mesti ada grille, kitchen cabinet (wet & dry) dan yang paling aku naaaaak...ISLAND....entah la boleh dapat ke tak... :(

banyak jugak nak kena buat ni. perkara-perkara yg nampak remeh tapi penting sebenarnya macam plug point.
aku ada juga pegi melawat beberapa rumah contoh yang sudah di renovate....cantiiiiiiiiiiiiiiikk.....dan dah berkira-kira dengan contractor....total dalam rm20k juga...

tak pe, rileks....jangan gelabah...heheh...sekarang tengah keliru nak ambil contractor yang mana satu...aduh...

ouh, gambar yang sempat di ambil.

rumah yang masih suci (hehehehhe) :

laluan ke bilik

wet kitchen

dry kitchen

ceiling

living hall

master bedroom

toilet sink master bedroom

shower master bedroom

wet kitchen window side

aku suka itu: kunci rumah baru

alhamdulillah...tiada hadiah yang lebih besar untuk harijadi aku selain aku dapat kunci rumah baru. punyala excited. sampai ambil cuti separuh hari. heheh
rumah biasa je, area cheras. developer IJM.

dapat tau je, terus pasang angan-angan nak decorate rumah. biasa la kan...rasanya semua orang dapat rumah baru mesti excited macam aku. yg membezakan ialah bajet seseorang. kalau bajet besar, dapat la buat macam-macam....kalau bajet kecil...apa yg perlu untuk sesebuah rumah je lah.

yang penting ada rumah sendiri. tak perlu bayar sewa tapi mula bayar pinjaman....heheheh....

aku tak suka itu: Tuah demam

kesian Tuah. kelmarin, lepas subuh dia muntah. selama aku bela Tuah, belum pernah dia sakit. terkejut aku. kenapa agaknya...aku tak boleh mengagak kenapa.

erm...dari kelmarin sampai la hari ni...Tuah tak menjamah sikit pun makanan dia. minum pun kurang. sakit perut ke? Oh! mungkin Tuah mengandung kot. maklumlah 2 minggu lepas aku hantar dia mengawan. tapi takkan la begitu cepat refleks nya. peliknya...

jadi hari ni aku hantar Tuah ke klinik di taman putra. demam rupanya. alahai....patutla hilang semua selera makan. doktor cakap, sebulan hingga ke 45 hari baru boleh tahu seseekor kucing tu mengandung atau tak. hehehe....(tak sabar aku sebenarnya nak anak kucing...)

doktor bagi ubat cacing (3 bulan sekali kena bagi ubat cacing), appertizer, antibiotik, ubat buang bulu dalam perut, 2 injections , can foods (help to recover). total rm150.



aku demam pun kena rm30 jer...heheh...

aku suka itu: sesudah subuh

termanggu aku seketika. apa yang harus aku buat?
mata terkial-kial.
otak beku.
badan statik.

sudah pukul 5.30 pagi. mata masih cerah. kain di dalam mesin basuh sudah berbunyi menandakan ia sudah siap dan sedia untuk dijemur.
ketika 'post' ini ditulis, kedengaran gemersik suara di corong pembesar suara memuji kebesaran ilahi. indahnye dunia ciptaan tuhan. indahnya ayat-ayat suci al-quran.

baik aku segerakan menjemur kain dan bersedia untuk solat subuh. bukan senang dapat bangun dan bersedia seawal ini. senyum.