Thursday, August 26, 2010

aku tak suk itu: progress rumah yang slow!

aku cuba paham yg tak semestinya bila kontraktor janji boleh siap satu2 renovation tu dalam sebulan, tak bermakna akan siap dlm masa sebulan...banyak faktor yg boleh mempengaruhi kelewatan sesuatu keje tuu....ayat2 untuk menenangkan hati sendiri...

progress rumah yg agak slow buat aku sedikit ralat. dari mula grill dipasang sampaila entri ni ditulis, concrete table untuk wet & dry kitchen pun belum buat! nak pasang tiles comel2 pun ambil masa. plaster ceiling lagi lah...cornice pun x boleh pasang2 lagi...erm..

nasib baik last saturday aku pergi jumpa the contractor and discussed the entire planning...ada salah jugak tu dia buat..kabel untuk downlite bahagian hall boleh silap pasang...nasib baik...

hai...takkan lah nak buat miracle pulak...pejam2 celik dah siap...jangannn...

Tuesday, August 17, 2010

aku suka itu: resepi teh 3 layers

eiii...aku tak tau lah...sekarang ni kalau aku pergi kedai mamak, especially restoran hafiz ( sebab dekat ngan rumah aku )...akuu mesti mintak teh 3 layers. sedaaaaaaaaaaaaaaapp....sebab dia tak berapa manis, rasa lemak-lemak susu & rasa teh pekat yang tak kelat bercampo susu! ha...macam mana tuu..

oleh sebab dah berkenan sangat, aku pun tanya mamak yang buat air tu resepi nak wat teh 3 layers. hahahah...

bahan-bahannya:

layer bawah sekali

gula melaka/kabung dimasak atau dicairkan

layer tengah
susu cair ( apa brand pun tak pe )

layer paling atas
tea o pekat tanpa gula

tadaaaaaa...bila campo dia akan jadi seperti gambar di bawah...selamat mencuba...(tapi aku belum cuba lagi....hehe....insyaallah jadi kot...)

nota: satu gelas rm2.50 ok kat kedai mamak!

aku suka itu: clenx tea dr detoxlim

hari tu ada member kat office bagi aku try green tea ni...dia kata utk flush out semua bahan2 yg tak perlu kat dalam badan kita (toxin, gas, bahan buangan...upss)
aku ni ada sedikit masalah...sembelit! erm...lagi banyak makan,lagi susah nak buang air besar...makan sikit pun susah jugak! tak bagus sebenarnya utk badan...keep on simpan benda yg tak bagus dalam badan. aku rasa sebab tu la badan aku selalu berangin. burp burp kalau tak kena gaya. kadang-kadang sampai cam nak sesak nafas. ape ke hal!

so aku pun try! dia kata, for the first time dia cuba...after 10-12hrs baru rasa nak buang air besar. tapi mungkin diff utk orang lain. aku try jam 10pagi...alih-alih2 dalam kol 1 gitu perut aku dah memulas2. aku pun eksyen jugak nak try sebabnya dulu aku pernah try tea orang kampung, tapi tak jalan pun...so aku ingat aku kuat. ya allah belagaknya akuuu....ha baru aku tau..nasib baik aku keluar lunch sorang-sorang...so anytime can change the plan. seram sejuk dibuatnya. sampai je parking, terus meluru ke toilet dan akhirnya....lega....*sengih*

satu hari tu aku buang air besar lebih kurang 3 kali. besoknya 2 kali walaupun aku dah tak minum dah.

tadi aku dah pergi beli clenx tea ni. sbb nak detox bahan2 yg tak perlu sekaligus boleh mengurangkan berat badan. hheheh...

kat sini tulis clenx tea untuk:
- mengurangkan berat badan
- flushes out waste, toxin & gases
- mengekalkan berat ideal
- melancarkan pembuangan air besar
clenx tea ni dibuat daripada organik green tea plus beberap herbs.


aku try dulu...nanti update progress yer..

aku suka itu: tiles comel-comel

aku nak letak tiles ni kat bahagian wet kitchen. dah lama simpan hajat nak letak tiles comel-comel ni, sebab nampak exclusive je dapur tu. heheh...aku beli tiles ni kat jalan ipoh. kat situ banyak sangat kedai-kedai yang jual tiles ni. sederet je. senang nak cari. tapi harga tak sama. kena pandai pilih & tawar menawar. aku tak tau lah tiles yang aku dapat tu murah ke tak. tapi kalau nak banding dengan kedai sebelah dia, kira aku untung 20 sen untuk setiap keping. hahah...(1 sen kalau di kumpol boleh bikin rumah batu kau tauuu....-haji bakhil) *gigle*

memula aku nak beli biru gelap, tetiba tukar pulak..ambil biru air laut ni..nampak cool sket. saiz untuk satu tile comel tu 2inci X 2inci. sekeping tu bersama 1kaki X 1kaki. design keseluruhan wet kitchen? arrr...tak nak cerita lagi...haha...dah siap nanti, baru tau macam mana...suprise....

Sunday, August 15, 2010

aku suka itu: resepi laksa utara

hari ni genapla 5 hari umat islam menunaikan ibadah puasa. sebabkan hari ni hari minggu banyak masa di rumah, aku ambil keputusan nak masak laksa utara. heheh...bukannya pandai sangat pon...cuma aku rasa aku masak sedap sikit berbanding beli kat luar. terutamanya kat pasar malam/bazaar ramadhan....hahaha...syok sendiri!

laksa ni sesuai untuk di makan di waktu petang, malam hari, juadah berbuka puasa atau menu untuk open house! :D
bahan-bahannya agak senang dapat, cuma macam renyah sikit nak masaknya...alah bisa tegal biasa...nak pandai kena la mencuba...:P

resepi nya macam ni:

KUAH LAKSA
ikan sardin


bawang merah & bawang putih


asam keping


belacan


serai


cili api


daun kesum


bunga kantan ( suprisingly, tadi aku beli bunga kantan ni sekuntum rm2! )


ikan sardin tu direbus bersama beberapa keping asam keping. bila dah masak, ambil isi ikan dan di blend/ditumbuk dengan semua bahan di atas (KECUALI BUNGA KANTAN, ASAM KEPING & DAUN KESUM). Masukkan kedalam periuk dan isikan air (jangan terlalu cair ok). Tulang-tulang ikan tadi jangan di buang dulu, blend jugak sampai lumat dan di tapis airnya..masukkan kedalam periuk kuah tadi. masukkan daun kesum,kantan dan asam keping. masak sampai mendidih. masukkan garam secukup rasa.

DIPERLUKAN:
laksa (boleh beli readymade dan celur sekejap)


NOTA:
orang cakap kuah laksa yang dimasak sehari awal lagi sedap berbanding dengan kuah yang dimasak hari yang sama...aku setuju juga sebab kuah laksa jadi semakin pekat & sebati. boleh cuba sebab kuah laksa susah nak basi....:D

HIASAN:
timun, telur rebus, limau nipis, daun salad & bawang.


HASILNYA: taaadaaaa..............selamat mencuba!

aku suka itu: start hantar barang

contractor cakap dah boleh hantar barang...maksudnya kipas anging, downlight, tiles atau apa saja barang yang aku beli untuk kegunaan rumah dah boleh dihantar. Masa hantar barang hari sabtu kelmarin, tak ada progress selain dari grill yang dah dipasang 2 mingg lepas dan kabel lampu. Ouh ada pekerja tengah buang tiles kat bahagian wet kitchen.

Lepas tu pergi jumpa contractor untuk pilih table top for dry and wet kitchen.

Aku ada la snapped beberapa keping gambar progress rumah aku.




Thursday, August 5, 2010

aku tak suka itu: kat gerai durian

kisah 3

lepas balik dari tengok rumah tu...masa on the way balik rumah (rumah tinggal sekarang)...aku singgah kat satu gerai jual durian. entah lah sejak 2/3 minggu ni aku asyik teringin je nak makan makanan yang ada durian. contohnye kek durian, pancake durian, bubur durian, pengat durian, semua durian lah.

masa aku sampai tu tak de orang lagi...tak lama lepas tu dalam 10 minit sepasang couple india datang...then tak lama lepas tu ada seorang kakak melayu datang..so aku pilih macam biasa la...sebenarnya aku tak berapa minat beli durian yang diaorang jual tepi jalan ni...tambah yang 4biji rm10, 3biji rm10 even yang timbang kilo.
dan yang paling aku tak berapa suka @ menyampah ialah dengan peniaga durian tu. cakap pandai...itu ini itu ini...durian langat bagus laa..kalau pecah tak berair laa..tak macam durian lain laaa. s**t! macam yg aku duga, pakcik yang meniaga durian ni memang saling tak tumpah macam tu...banyak cakap...cakap pandaii...tapi ayat bodoh yang keluar. tapi aku diam kan je sebab diaorang meniaga. mesti la cakap yang manis-manis. sedangkan setiap kali aku beli durian macam tu...setiap kali tu lah aku beli durian yang tak bagus.

masa pilih-pilih tu, mesti la aku mintak pakcik tu bukak kan kulit durian tu sebab nak tengok isi kat dalam. masa dia kopek tu, dia macam kalau boleh tak nak bagi aku touch isi dia. aku rasa lain macam. kopek pun sikit je. then keep on saying that "isi tu ok punyaa...tak akan buruk punyaa.."...aku pun biarlah.

nak jadi cerita kakak melayu sebelah aku pun tengok durian yang pakcik tu kopek tadi then dia pun cakap "alamak, nipis nye isi dia". pastu kakak tu kata kat pakcik tu "pakcik, kopekkan yang ini...kalau isi dia cantik saya ambil laaa...kalau nipis saya tak nak laa"

pakcik tu dah lain macam. dengan muka berkilat, rambut yang agak jarang tumbuh tak tumbuh, gigi taring tinggal 2 batang pakcik tu cakap "ooo..mana boleh macam tuu...awak yang pilih...kalau dah kopek kena laa ambil".

patut ke macam tu? selama aku beli buah durian kat mana-mana gerai...tak pernah lagi peniaga cakap macam tu. kalau kita tak suka, kita boleh pilih yang lain sampai kita satisfied. kan?

ok sambung. bila pakcik tu kopek durian yang kakak tadi pilih...agak ketara la kenipisan isi dia. kakak tadi terus cakap "alamak nipisnya....tak nak la macam ni" . sambil jari dia cuba nak menekan-nekan isi durian.
terus muka pakcik tu bertukar jadi serigala jadian..hehe..salah..merah macam udang kena bakar. mungkin malu agaknya. pacik tu cakap " ko pegi balik...pegi balik sekarang!". terkedu aku. kalau marah macam mana sekali pun sebagai peniaga tak boleh cakap macam tu dengan pelanggan..."dah nama durian kampung...memang la isi dia macam ni...ha!jangan la nak tekan-tekan pulak...kalau-kalau awak korek hidung tadi....pastu nak tekan-tekan pulak...sapa nak beli nanti?!!". suara pakcik agak meninggi.

erm...macam mana ni...benci aku dengar. cepat-cepat aku bayar...balik rumah aku dah agak dah...isi dia memang macam tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut...aku buat tempoyak....boleh gak masak ikan patin asam pedas tempoyak...lagi sedap dari durian pakcik tuhh...cait!! TAK BELI DAH LEPAS NIH!!

aku suka itu: pegi tengok rumah

kisah 2

lepas pegi klinik haiwan tu, berat je hati nak melawat rumah. sebab dah terlanjur kat area situ kan...so aku terus je lah pegi sana....

wahhhh...bestnya sbb diaorang dah start renovate dah...dah pasang grill...dah start hacked wall (sikit je) sbb nak pasang/tukar power points/plug points...dah start pasang wayar utk downlite untuk hall, alley & bilik. rasanya macam boleh tercapai je nak masuk sebelum raya.

yippie!!

aku tak suka itu: tuah pegi klinik lagi

kisah 1:

semalam, lepas balik kerja dan sesampainya kat rumah...aku ambil tuah dan bergegas ke klinik haiwan kat taman putra. ini kali kedua aku pegi klinik tu. tapi lupa pulak nama klinik haiwan tu...erm..

ouh, kucing aku si tuah tu....entah le kenapa...dah dekat 2 minggu dia keluarkan darah kat bahagian anus dia. aku agak-agak darah period je...tapi pada firasat aku tak nampak macam 100% darah...sebab warna dia bukan warna darah(agak merah kecoklatan)...macam bercampur ngan nanah/bendasing lain...(hahha)..walaupun tuah nampak happy dengan kehidupan dia sekarang tapi macam kesian pulak dia dok terjilat-jilat kat bahagian tu. dah tu yang tak bestnya sebab ada yg melekat kat lantai.

aku explain la kat doktor yang si tuah ni aku pernah hantar mating on 7th july. bila aku ambil dia lepas seminggu tu, dia macam murung. macam tak larat. tak berapa nak main. aku bawa pegi klinik yang sama ni then doktor bagi 2 injections, check temperature & ubat. so aku tanya la kat doktor is it possible tuah miscarriage because of the injection/alah pada ubat tu. then doktor cakap possible. maknanya, tak de harapan la tuah pregnant kali ini...erm...sedihnya...tapi tak pe la as long as dia sihat. doktor cakap mungkin darah tu keluar up to 2 weeks. lamanya..

Wednesday, August 4, 2010

aku suka itu: fiza dan adranurr

my best fren dah selamat melahirkan baby girl semalam kat ampang putri seberat 3.0kg.
nama baby: adranurr.

semoga menjadi seorang ibu yg baik dan dapat mendidik adranurr menjadi anak yg solehah...dan semoga bertambah rezeki dan berbahagia dunia & akhirat..tahniah fiza! and welcome to adranurr..:)

aku tak suka itu: lama tak update

erm....sekarang ni sibuk sangat. banyak sangat nak kena buat...itu belum lagi ada anak...kalau ada anak rasanya memang dah tak terbuat kot...

kerja kat office pun makin banyak...tapi still boleh control. archiving project, BATUKE project, other CR dan yang paling wat aku sakit kepala cambodia nye project. masyaallahh...menguji keimanan betul. user request macam2...kadang2 sampai tak logik...tapi bila fikir positif bagus jugak sebab dapat menguji kredibiliti,skills n ketahanan mental&fizikal. so aku ambil yang positif je lah...:)

excited aku untuk berurusan dengan senihias nampaknya macam tak kesampaian. dari tarikh aku berjumpa dengan en.nazli sampai saat aku menulis entri ini...quotation yang dijanjikan tak sampai2 dalam inbox email aku. aku pun ada hantar sms/call...hari tu en.nazli janji akan hantar isnin/selasa minggu berikutnya...tapi...erm...mungkin terlalu banyak tempahan atau tak nak layan request bajet ciput macam aku kot! ralat.

tak pe lah...sekarang aku dah pun dapat kontraktor lain. PINGGIR CONSTRUCTION! only hope the best...

ouh...aku plan nak buat:
1. kitchen cabinet (wet & dry)
2. plaster ceiling (living hall, dining hall, wet & dry kitchen, master bedroom & alley to bedrooms)
3. cornice (second & third bedroom)
4. install aircond,downlite
5. piping
6. plug points
7. grill
insyaallah....:D