Sunday, August 15, 2010

aku suka itu: resepi laksa utara

hari ni genapla 5 hari umat islam menunaikan ibadah puasa. sebabkan hari ni hari minggu banyak masa di rumah, aku ambil keputusan nak masak laksa utara. heheh...bukannya pandai sangat pon...cuma aku rasa aku masak sedap sikit berbanding beli kat luar. terutamanya kat pasar malam/bazaar ramadhan....hahaha...syok sendiri!

laksa ni sesuai untuk di makan di waktu petang, malam hari, juadah berbuka puasa atau menu untuk open house! :D
bahan-bahannya agak senang dapat, cuma macam renyah sikit nak masaknya...alah bisa tegal biasa...nak pandai kena la mencuba...:P

resepi nya macam ni:

KUAH LAKSA
ikan sardin


bawang merah & bawang putih


asam keping


belacan


serai


cili api


daun kesum


bunga kantan ( suprisingly, tadi aku beli bunga kantan ni sekuntum rm2! )


ikan sardin tu direbus bersama beberapa keping asam keping. bila dah masak, ambil isi ikan dan di blend/ditumbuk dengan semua bahan di atas (KECUALI BUNGA KANTAN, ASAM KEPING & DAUN KESUM). Masukkan kedalam periuk dan isikan air (jangan terlalu cair ok). Tulang-tulang ikan tadi jangan di buang dulu, blend jugak sampai lumat dan di tapis airnya..masukkan kedalam periuk kuah tadi. masukkan daun kesum,kantan dan asam keping. masak sampai mendidih. masukkan garam secukup rasa.

DIPERLUKAN:
laksa (boleh beli readymade dan celur sekejap)


NOTA:
orang cakap kuah laksa yang dimasak sehari awal lagi sedap berbanding dengan kuah yang dimasak hari yang sama...aku setuju juga sebab kuah laksa jadi semakin pekat & sebati. boleh cuba sebab kuah laksa susah nak basi....:D

HIASAN:
timun, telur rebus, limau nipis, daun salad & bawang.


HASILNYA: taaadaaaa..............selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment