Sunday, July 18, 2010

aku suka itu: langkah1 - melawat kedai lampu

sabtu(semalam), aku pergi survey kedai lampu kat puchong. kenapa puchong? sebabnya bila aku browsing cari kedai lampu yg jual agak murah, ramai visitor,forumer,blogger bagi cadangan yang sama dan alasan yang sama 'HOUSE of LIGHTING, PUCHONG' menjual lampu dengan harga yang agak berpatutan....yayyy....

lepas habis discuss dengan contractor, aku terus pergi puchong tanpa banyak songeh. excited la katakan....kedai tu kat batu 14,bandar puchong utama kalau tak silap. kedai tu sederet dengan beberapa kedai jati...(kedai perabot jati pun cantik-cantik juga....sempat jugak aku mengerling....huhuhu...)

terpempan aku!! punya la ramai orang kat kedai tu...mungkin murah atau terlalu murah. tak pernah aku tengok orang pergi kedai lampu ramai macam tu sekali. memang berlanggar bahu lah kat dalam kedai tu.

pandangan aku: harga memang boleh tawar kecuali yang ada tulis 'NETT', maknanya dah tak boleh kompromi lagi. harga boleh la tahan, murah sedikit berbanding kedai lain. cuma kedai tu agak 'lama', dan citarasa kedai tu agak terbatas. maknanya tak banyak pilihan lampu-lampu moden..lampu-lampu yang up-to-date. ada tu ada, tapi tak banyak sangat.

tapi aku sempat juga sapu 18 biji (tak tau la sesuai ke tak penjodoh bilangan tu) downlight, 2 kipas angin (remote KDK, 5 blades, RM285), 2 lampu dinding (RM49X1) & satu lampu untuk pintu utama(harga asal rm220,diskaun dapat rm170) & energy saver bulbs....total dalam rm1100. hahaha.....x boleh elakkkkk....

i loikeee....:P

nanti aku capture gambar sebab sekarang masih dalam kotak. malas nak buka.

No comments:

Post a Comment