Wednesday, November 10, 2010

aku suka itu: chocolate cheese muffin

kesian korang kan terpaksa tengok pic pasal makanan kan? tapi apa nak buat, aku suka. tak pe, korang baca jauh2 supaya tak nampak ayat2 aku ni...nampak tak? haaa...tak nampak kan?

macam aku cerita sebelum ni, tahap kerajinan aku masih lagi ditahap maksima. jadi apa saja akan aku jadikan peluang utk baking. cuti deepavali aku dah booked tiket ke sabah. nak visit kakak aku kat sana. aku rindu dia. dia pun mesti rindu aku sangat. ya allah tolong laa...ok ok...

jadi, oleh kerana kakak aku dan anaknya adalah sejenis manusia yg 'pemakan'..aku pun cuba wat resepi aku yg toya lagi sedap. nama dia kalau baca pun dah sedap. chocolate cheese muffin. peeehhh...sedapp...

"cik...cik...air liur saya meleleh ni...tak tahan dgr cite cik...dlm imaginasi pun boleh nampak kesedapannya"

"oo ye ke? hebatnye cite aku ni yer..."

ok...ni pic muffin aku ni. lembut je kek tu. tetiba keluar rasa cheesy dari cream cheese. sedap weh..



"cik adik...boleh ke kalau saya nak resepi cik adik ni? sbb saya ingat nak eksport ke oversea laa..."
"hotak kau...bayar dulu"
"alaa...ok, sy bagi separuh share sy?"
"haa..kalau cam tu baguss..boleh tengok kat bawah ni tau!"

utk 12 biji muffin
200g tepung naik sendiri
50g cocoa powder
80g gula castor
3 bijik telur
1 cawan susu segar
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil baking powder
130g butter
cream cheese utk filling

cara2 - kena wat sit up 24 kali....hehe..penting utk perut sebelum makan muffin. :P

1. ayak tepung ngan baking powder (walaupun tepung ni dah boleh naik sendiri...tapi aku cam tak caya je...sbb tu aku letak gak baking powder. kalau korang tak nak pun tak pe)
2. pastu tepung, gula, cocoa powder, garam digaul rata.
3. pukul butter ngan gula ngan telur. campur dengan tepung tadi.
4. pastu masukkan susu. buat adunan sampai lumpy. mcm tak terlalu keras tak terlalu lembut. kalau keras tambah susu sket sket ok..

** cream cheese tu nak guna sikit je. utk buat filling. hancur2 kan dulu cream cheese. letak gula sket je. sikit je tau! jgn degil!

- masukkan 1 sudu adunan. pastu masukkan filling. pastu masukkan satu lagi adunan.
- bakar 15-20minit(depends on oven), 180c

senang kan? kan? kan?

No comments:

Post a Comment