Thursday, November 11, 2010

aku suka itu: kek pisang

"bosan laa dia ni....asyik nak update pasal makanan jerrr.."

uweeeeeeeeeee....aku datang lagi mengupdate blog aku untuk ntah keberapa kali untuk hari ni. arr...sebenarnya hari ni hari malang aku laah..dah la tak dapat jogging sebab hujan, aku boleh jatuh terlentang kat foyer area office. adoiii...ni semua gara2 telefon la ni. aku sibuk sangat bercakap kat telefon sambil berjalan turun dengan confident ala-ala catwalk. baru nak catwalk sikit dah terima pembalasan.

"tu laaa hang...lain kali jgn nak menunjuk2...hang catwalk tak macam kucing pun"
"hampeh!!"

habis beg coach baru aku. yg paling aku sedih iphone aku terpelanting kat tepi jalan dengan screen menghempas ke tar!! aduuuhh...risau aku...nasib baik ada screen protector & phone cover. kat bahagian atas phone ada scratch sikit. aku dah tak peduli dah masa tu..aku bangun terus terpa ambil telefon. kesian aku. punya la besar area tu, tp tak de pun org nak tolong aku. mcm mana nak tolong...tade orang kat situ...ceit!!

oleh kerana kesedihan aku tak dapat jogging + jatuh bak buah betik busuk...aku dah decide nak wat kek pisang malam ni...

"awak tak de alasan lain ke?"
"tak de...aku bayar bil"



"akakk...ooo kak...mak saya kata dia nak resepi kek ni"
"mak ada bagi duit?"
"nanti mak transfer...mak mintak no akaun maybank"

bahan2 yg diperlukan - kesabaran tahap maksima
200g tepung naik sendiri
25g tepung jagung
90g gula castor
3 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan minyak
4 biji pisang di lenyek
sedikit garam
perisa pisang

**sapukan butter pada loyang dulu

campur semua dan bakar pada suhu 180c, 40 minit berantung pada kepanasan oven

No comments:

Post a Comment